Tuesday, May 18, 2010

ruhila roslan


saya ade kawan,
nama die ruhila roslan,
kitorang jumpe kat tepi jalan,
jalan dekat seremban selatan.




uuullaaakkk!!

semuanya bermula dengan drama sejarah peringkat daerah. hahha. dia memainkan watak 'lelaki gatal' (die yang cakap ni). pada ketika ini, kasar2 suare mereka ini. kalah saya! hahaha. saya mengenalinya through kawan saya yang seorang lagi. dia juga merupakan kawan saya yang tertua daripada sekolahnya (top 3 ni. jgn main2) hehe. dialah ruhila roslan aka ryla

memanah dan ryla bagaikan isi dengan kuku. saya pon tak pernah tengok dia bermain tapi dia cakap, dia pemain harapan sekolahnya. btol ke ni? hahaha ;D




saya mula menegurnya semasa di BTN kat gunung pulai, johor. saya ni agak kureng sikit bab2 perempuan ni jadi cara saya menegurnya time tu adalah dengan memukul tangannya (bapak noob gile) tak pasal2 ryla kene pukul. time tu jugak muke ryla terpinga-pinga cam apa je. hahhaha. serius tak tahan tengok! dekat BTN ni macam2 yang terjadi. salah satu daripadanya, ryla suka kawan saya ni. ecececeh. sayalah yang menjadi dr.love baginya. tapi itu sume cerita lama. sorry boss. hehehe (:

kalau kuar ngan kanchik sorang ni, ish3. dia ni memang suke cardigan ke apa tah nama benda tu. pelbagai warna yang dia ada. tak larat nak sebut semua. lagi satu, ryla memang suke sushi iaitu salmon. lagi dua, die memang minat gi** gi** ba** kat PEACE! dari dulu die pakai necklace peace. tak cukup dengan satu necklace, sekarang die ade dua dah. kencang!




bab2 noob kite serahkan kat ryla. hahha. ryla no-ob kat skype. (time muda mudi dulu la) habis semua orang die call kalau terdrop dari conference. pastu, kalau tak dapat gak, die akan type je meminta belas kasihan orang lain untuk call die.hahahaha. tapi sekarang ni, hmmm..boleh la. kitorang pon dah tak main ah skype, now zaman oovoo~ style!

kita beralih ke program detox bersama ryla. semasa rawatannya, kesian~ macam2 dia tak boleh makan. keropok lekor coklat, ayam, keju dan lain2. dia suka promote minuman berkhasiatnya yang diperbuat daripada pelbagai sayur sayuran kaya dengan vitamin B1, B2 dan B3. ahahaha. sedap gile. rugi ah sape yang tak cube....padahal??! wuahaha. but now, ryla dah boleh makan dah seperti sedia kala. tak dapatlah saya nak menunjuk2 makanan yang sedap2 dah. bhahaha ;D




and, tima kaseh la bagi barangan2 anda tu ye. nanti2 la saya pulangkan. ok la? hahaha.
akhir sekali

saya bersyukur kerana mempunyai kawan macam ryla ni.

semoga awak tak lupa saya bila dah berjaya nanti ('',)





terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya - hzm (:



Sunday, May 16, 2010

dinie qistina


saya ada teka teki
"dapnyerr...." "nak asyikerem"
siapakah saya?

yup, its dinie qistina aka donie
so, HAVE u DON? hehe





apabila anda memandang donie, tentunya anda perasan necklace yinyang die. tapi kan sekarang dah tukar tau. die selalu pakai yang macam silinder ade berlian tu. hahha

bagaimana saya mengenali donie? well ianya bermula sewaktu.....hmmm...jap eh jap eh....(bile eh don?) hah.adela time kuar2 dlu. donie ni comel tau. kenape? sebab die suke cakap bende yang bukan2 dengan suare yang cutenye, kemudian bile org support die, die akan berkata


"kau boleh lepak sekarang hazim....~"


kan comel tu? -.-'






first time saya dengar die nyanyi memang..... pergh! (biar betol minah ni. serius2 tak tipu) donie memang berbakat. ketika itu saya baru sahaja selesai jacuzzi, sauna dan steam room di kde. donie dan yang lain sedang bernyayi sewaktu menunggu saya dan icam. selesai saja saya bersiap, kami pon keluar dan terdengar suare sedang mendendangkan sebuah lagu contemporary. ketika itu donie sedang melayan jadi lead singer ala ala vouge gitu! siyez terbaik suaranya. suke2 ;D


chocolote mousse? ya, itu dia! donie pandai baking. hensem kan? tapi menurut berita yang saya dengar, mousse pertamanya tak berapa nak jadi. hahaaha. tapi kalau pandai baking, buat macam2 tapi tak ajak saya, buat apa kan? ;( saya tunggu ni awak datang rumah saya nak pinjam oven.


datang eh donie :')





kalau tengok cite seram, donie lah yang paling berani. hehhe. die tengok wayang steady je. cm xde respond. hati kental lah orang dulu2 cakap. nana ryla lain sume dah tutup2 muke, donie mne de macam tu. die lagi la terbeliak matanya. hahaha. so far, donie tak pernah lagi la jerit2 dalam wayang ni. takpe2, the day will come ;D

seorang yang pandai (lurus A for spm) dan lemah lembut.kononnyalah! berapa kali kene hentakan dan pukulan mautnya dari pelbagai angle. (sakit tau....damn!). donie dapat dentistry kat uia tapi senanya dia nak buat medic. takpe2. saya doakan awak berjaya for jpa awak ok?


dengan itu


maka terhasil lah masterpiece saya tentang sahabat saya donie ini.


dah2. jangan merajuk ;P






u rock don! - hzm ;D




Friday, May 14, 2010

donie, sampai hati awak :(

tepat jam 5.54 am (15.5.2010) donie berkata begini
'awak pergi hazim. saya taknak kawan dengan awak dah!'
(penuh dengan emosi)
memang tepat panahannya ke hati yang duka lara ini.

kalau itu buat awak bahagaia. saya redha

selamat tinggal sahabatku

.dinie qistina.

:(


pergi membawa diri - hzm :(



nana azman


berdasarkan novel yang telah saya pelajari sepanjang hidup saya iaitu
kehidupan seorang bontoto
watak utama dalam novel tersebut adalah nur amalina azman aka
nana (:



kan nana kan? hahha ;D

ceritanya dimulakan begini. saya mula mengenalinya pada satu petang yang tenang ditemani unggas beterbangan di tepi pantai. ketika itu saya sedang duduk diam diam kat bawah satu pokok. kemudian, datanglah seorang perempuan yang ayu manis jalan lagak gayanya. bak kata orang dulu2, "d*** tak d*** tak?" (nana je paham)hehhe.
"nak, anda buat apa sorang2 kat sini. meh ikut makcik balik meh. meh la meh la"



kata nana. lalu nana mengutip saya sebagai anaknye. ini membuktikan nana seorang yang penyayang dan baik hati (:

(sudah! kita berhenti mengarut eh!)

kemudian, cerita diteruskan dengan kehidupan watak utama di alam nyata. nana seorang yang cepat teruja, pemurah, baik hati, taiko, lemah lembut dan sewaktu denganya. ciri2 ini dapat dibuktikan apabila nana sungguh bangga dengan pencapaiannya menjejakkan kaki ke mamak. kalau tak silap saya, beliau baru 5 (knape terkejut? LIMA kali) kali pergi ke mamak dan itu merupakan rekod dunia yang priceless bagi nana. kan nana kan?

nana memang meminati team ferrari terutamanya alonso. (team petronas xnk support.haih) dia amat pantang kalau kita memperlekehkan team kesayangan intan payung buah hatinya itu. tapi kan nana kan, anda kena ingat schumacher ngan rosberg hebat gak au! hahhaha

when it comes to shopping, nana memang gila sakan. nana merupakan seorang SHOPaholic yang gi** ba** nye la. (hiperbola gile ni) btol kan? hahaha. yang paling latest kami pergi shopping di kuala lumpur iaitu BB, sungei wang dan pavi. nana membeli dua seluar (baik punye cutting), bajuthe beatles putih dan sepasang kasut. hebat kn nana kite ni?
mestila hebat. no doubt about that

KAROK adalah jiwa nana. baginya karok adalah segalanye. x gitu nana kan nana kan? nana sanggup buat apa saje untuk karok. suaranye yang lunak merdu (ehem2) memang memikat sesiapa yang mendengarnya. lagu kegemarannya adalah bulan cinta. hahhaha. senanye nana layan sume jenis lagu. versatile la katakan




TAPI

apa yang membuatkan saya sayang kat kawan saya sorang ni..

nak tau? btol nak tau? ok2

nana memang lah terBAEK bile meng-support apa yang saya lakukan. kalau bab2 menangis atau membuat sesuatu yang bodoh nana lah yang akan membantu saya menjayakan program tersebut ;D dan banyak lagi perkara yang tak dapat saya describe dengan kata2.
kesimpulannya, nana merupakan seorang kawan yang hebat lagi hensem lagi gempak lagi kencang bagi saya. bak kata pepatah portugis 'unique in her own way'





thanks nana for being my friend - hzm (:



Thursday, May 13, 2010

shopping bersama BFF saya ;D


pada hari ini, iaitu selasa | 11.5.2010 kami berlima (saya,munir,ryla,nana,donie) pegi la shopping. nak tau kitorang pegi mane? btol nak tau? ok2. mula2 kami jumpe kat klcc. semalam habis lebat hujan petir guruh cakap ngn nana nak datang klcc pagi buta dalam pukul 8 macam itu. tapi kan nana kan, maaf la saya tertido. hahaha. ok. bangun la pukul 10 camtu la and then off to klcc. setibanya di sana, 3 kawan saya ni dh pon tunggu kat signatures (tau kan dekat mana? haha). kerana tak sempat nak breakfast, jadi saya dan munir pegi beli nasi ayam. munir ni baik orangnye. dia lah yang belanja saya. haha. bagos la munir. time tengah makan, yang lain sebok la bercerita. ryla meluahkan perasaan tentang minuman detoxnya





manakala nana dan donie sebok ke tandas. memang lama mereka berdua ni ke tandas. ntah ape la yang ade kat dalam tu kan. haih. kemudian, berjalan lah kami ke BB singgah sebentar di rumah pak abu (pavi).





rumah pak abu ni memang best. tak tipu punye la. ade banyak kancik di sini. sexy gile seyh. mantap!. jangan la salah paham, kancik tu bagi saya ialah sports car. tapi kan, tadi ade satu je iaitu ferari hitam. sedih :( tanpa membuang masa, perjalanan diteruskan ke BB. nak dijadikan cerita ada seorang manusia yang tak penah pegi BB or sungei wang. sedih. ade jugak orang macam ni. hehe ampun buk :) nana ni memang la termangat lebih sebab die tak penah pegi. hahha. ketakjuban die terselah semasa kami kat border BB ngan sungei wang. sumpah kelakar tengok muke nana. kami pon berjalan2 pusing2 keluar masok kedai mencari segala keperluan yang diperlukan. nana membeli 2 helai seluar manakala ryla membeli rantai peace bewarna merah. donie pula taknak beli ape2 sebab saye pon tak tau la. donie khusyuk bermain dengan rubix cube die tu dan tetibe je blank kerana tak dapat nak siapkan puzzle itu. saya pula jenoh menunguu mereka2 ni kerana diorang suke mencuba semua jenis pakaian yang ade kat kedai tu. ish3. setalah itu, saya membawa lah mereka ke kedai 70's di mana terdapat baju2 yang sangat la menarik sekali. baju saya memang cantik warna coklat gitu. nana dan ryla membeli baju the beatles, donie dan munir pula tengok sahaja sambil memberikan cadangan kepada saya. mereka memang shopping sakan la, takot saya melihatnya. kemudian, kami melepak kat mcd tapi kan, spot dah mantap, ade lak aih bau2 yang mengiurkan. pergh! nana memang la tak tahan lapar lalu membeli la die satu set mcchicken di mana french fries nya dihabiskan oleh saya. sedap. biasela vitamin F (hah! kan blank tu. F = free) ;D kami bergerak pula ke pavi selepas hujan reda.





berjalan - jalan di ibu kota sambil memerhatikan pergerakan manusia mengharungi kehidupan.

angin meniup sepoi - sepoi bahasa begitu asyik kami menikmatinya.

perjalanan beribu batu bagaikan satu batu begitu singkat masa berlalu.

tau2 je dah sampai klcc. saya dengan bersemangatnya nak la belanja keropok lekor buat teman2 saya yang comel2 ni. bajet nak beli satu je la cos duit pon x cukup sangat ni. yang si nana ni pulak pegi order sampai 2 keropok satu air. hah! memang la banyak duit aku lepas shopping tadi kan. mujurlah lah mama nana ade. dialah yang membayarnya. thanks la untie eh. wat susah2 je. saya yang hampa ni, bagi jugak lah duit saya yang tak seberapa ni kat nana. then, nana dah kene balik. kami pon mengucapkan selamat pulang kepadanya dan we went our separate ways. sambil menunggu ayah saya pulang (tumpang kete nak balik) kami terserempak la dengan *ehemehem ryla. taufik dan rakan - rakan. budak st.john. hehehhe. *kenigkening. (jeles ke?hehe) adela kawan sekolah rendah saya dulu. lame tak jumpe mereka ni, habis lah segala cerita bagai kitorang borak2. si donie ni pulak tak paham2 nak biarkan mereka berdua - dua an. hahaha. ryla memang la sejuk habis campur lak ngan blushing die. ish3. hehehe. setibanya bapa saya. kami pon pulang ke rumah. siap2 semua dan solat. kemudian, kami menghantar ryla ke klcc semula dan donie ke rumahnya. penat sebenarnya jadi driver ni, tapi takpela, kawan2 punya pasal kan. last stop, saya dan munir ke andalus. buat ape di sana? buat apa anda nak tau! hahahaha.


special thanks to munir, nana, ryla, dinie for making my day!








saya bergembira tadi. anda pula bagaimana? - hzm (: